Skip to main content

Featured

Kembara Pengubat Rindu

 Kembara Pengubat Rindu Alhamdullilah, kami telah berjaya mengadakan satu pengembaraan setelah hampir 2 tahun kami tidak ride bersama-sama. Ride terakhir kami adalah Ride Himalaya pada tahun 2019. Route kami kali ini adalah: Kuala Terengganu - Sungai Petani - Hatyai - Yala - Pattani - Betong - Penang - Jeli - Kuala Terengganu Day 01: 14 May 2022 Kuala Terengganu - Sungai Petani (412 km) Kami memulakan perjalanan agak lewat sikit harini kerana aku terpaksa menunggu isteriku tiba di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Kapal terbang AirAsia mendarat pada pukul 10:50 pagi di lapangan terbang Kuala Terengganu. Selepas saja makan tengahari kami terus pulang rumah untuk bersiap-siap. Kami memulakan perjalanan pada pukul 12:40 tengahari. Kami melalui Banjaran Titiwangsa (Jeli - Gerik) yang mengambil masa 4 jam 30 minit untuk sampai ke Castella Cafe. Cuaca harini sungguh panas sepanjang perjalanan. Sampai di sini saja, isteriku terus terjun dalam air sungai sangat sejuk. T

FAMILY RIDE: 05 - 08 JUNE 2015


Alhamdullilah, aku bersama isteri telah berjaya mengadakan satu lagi ride iaitu Family Ride pada 05 - 08 June 2015 yang lalu ke Kuala Terengganu, Kuala Berang, Janda Baik dan Sabak Bernam yang meliputi jarak sejauh 1,393km. 

Kami menghadiri dua majlis berasingan iaitu; Majlis Kenduri Farah & Fahmi di Kuala Berang, Terengganu dan Hari Keluarga Aliyah 2015 di Janda Baik & Sabak Bernam.

Aku menurunkan motor GSku untuk menyempurnakan misi kali ini.

Day 01 - 05 June 2015: Semenyih - Kuala Terengganu

Kami bertolak dari Semenyih pada pukul 10 pagi. Trafik menuju ke negeri di Pantai Timur sedikit sesak di Plaza Tol Gombak sempena cuti sekolah dan Hari Keputeraan YDP Agong. Kami bergerak dengan lancar melalui Lebuhraya Karak (E8) menyusuri laluan berliku.


Petronas Bentong, Lebuhraya Karak (N 3.44296, E 101.89330)

Kami berehat seketika di Donut Dunkin, Petronas Bentong untuk melepaskan penat.





Perjalanan diteruskan lagi melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menuju ke Kampung Sungai Ular, Beserah, Kuantan.

Masjid Baru Kg. Sg. Ular (N 4.04404 ,E 103.39400)

Kami berhenti di Masjid Baru Kampung Sungai Ular, Beserah, Kuantan, Pahang untuk bersolat jumaat di sini.



Isteriku berehat seketika di Warung Yah Napi yang terletak berhampiran masjid tersebut sambil menunggu ku solat jumaat.



































Perjalanan diteruskan menuju ke Kemaman.

Kerepok Lekor, Kg Geliga Besar, Kemaman (N 4.20389, E 103.43866)

Kami berhenti seketika untuk makan kerepok lekor di Kampung Geliga Besar. Kebanyakan warung-warung disini masih lagi ditutup untuk Solat Jumaat, kecuali warung Ali Jusoh. Kawasan ini terkenal dengan keropok lekor dan satar.




































Kami meneruskan perjalanan ke Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. Kami melalui Jalan Air Putih yang menghubungkan Bandar Chukai dengan Lebuhraya Pantai Timur(LPT)(E8). Lebuhraya ini baru dibuka dan belum lagi beroperasi sepenuhnya.

Jarak dari Jabor ke Kuala Terengganu melalui LPT adalah 186km, tidak terdapat satu pun station minyak sepanjang laluan ini. Anda terpaksa keluar (exit) LPT sekiranya berlaku kehabisan bekalan minyak.


Kami meneruskan perjalanan menuju ke Batu Burok, Kuala Terengganu. 

Medan Selera, Batu Burok, K.Terengganu (N 5.33319, E 103.14849)

Kami makan petang bersama-sama keluarga Tn. Hj Azman (Ayah Ngah)(Adik Ipar) di Medan Selera Batu Burok sebelum ke resort. Aku dan isteri makan rojak buah bersama air kelapa.

KT Beach Resort, K.Terengganu (N 5.33347, E 103.14882)

Kami seterusnya ke KT Beach Resort yang terletak lebih kurang 5km dari Medan Selera Batu Burok. Tiga keluarga menginap di sini, Keluargaku, Ayah Ngah (Hj Azman) dan Cik Su (Pn Hjh Ariza).

Bilik disini agak luas yang menempatkan 3 buah katil. Lokasinya strategik di terletak berhampiran pusat bandar Kuala Terengganu. Harganya juga agak murah RM 140 sehari.

Resort ini dibina pada tahun 2002 (13 tahun lalu) yang menyediakan 60 unit bilik pelbagai saiz mengikut kesesuaian masing-masing.



Kami bersama-sama keluarga Ayah Ngah mengambil kesempatan untuk bergambar di pantai berhampiran dengan resort sambil memerhatikan keindahan matahari terbenam di sini.






D'Otai Corner, Pulau Duyong (N 5.33570, E 103.12906)

Selepas solat Maghrib kami menuju ke Pulau Duyong untuk makan malam bersama-sama. Restaurant Steamboat kegemaranku, D'ganu Cafe tutup sementara waktu kerana pemiliknya menunaikan ibadat umrah di Mekah. Kami bersetuju untuk mencuba steamboat di Restaurant D'Otai Corner (Bersebelah an dengan D'Ganu Cafe).




Agak lama juga kami menunggu makanan untuk dihidangkan kerana terlalu ramai pengunjung yang datang ke sini. Pada hari biasa kami sibuk dengan urusan masing-masing inilah peluang keemasan untuk berbual-bual dan beramah mesra dengan adik beradik. Hanya keluarga Umie (Pn Noraini) yang tidak dapat hadir kerana menghadiri majlis perkahwinan keluarga suaminya.

Secara kebetulan di restaurant ini, aku bertemu dengan temanku, Zurik yang sedang bercuti bersama keluarganya di Kuala Terengganu.





































Aku kagum melihat cashiernya (berkerusi roda) seorang OKU yang gigih berkerja dan tenang melayani kerenah pelanggannya.




































Day 02 - 06 June 2015: K. Terengganu - K.Berang - Janda Baik

Masjid Abidin (Masjid Putih), K.Terengganu (N 5.33450, E 103.13805)

Aku bersolat subuh secara berjemaah di Masjid Abidin (Masjid Putih) yang terletak 3km dari resort.




































Setelah bersolat, aku duduk seketika di dalam majlis ilmu (kuliah subuh)



























Isi kandungan menyentuh:
  • Membiasakan diri untuk Qiyamullai - Sekurang-kurang 7 rakaat (2 Tahajjud, 2 Taubat dan 3 Witir)
  • Berdoa dengan Allah agar kita tidak melakukan pekara-pekara tidak senonoh di bulan ramadhan.
  • Berdoa dijauhkan dari kejahatan pada pasar - Contohnya tipu menipu dalam harga.
  • Minta agar Allah menjadikan kita sentiasa mengingatiNya.
  • Doa yang mustajab - Waktu antara 2 azan (Hari Jumaat).
Warung Batu Bersurat Ladang Kita, Kg Ladan (N 5.32984, E 103.14561)

Kami bersama Cik Su dan suaminya (Hj Wan Johan) ke warung yang terletak berhampiran bulatan batu bersurat. Terdapat beberapa hidangan utama yang telah siap bungkus iaitu:
  • Nasi Dagang - RM 2.00 sebungkus
  • Nasi Kuning  - RM 1.50 sebungkus
  • Mee Hoon     - RM 1.00 sebungkus
  • Mee Kasar    - RM 1.00 sebungkus
  • Pelbagai pilihan kueh mueh.

Terdapat ramai pelanggannya yang sanggup beratur panjang. Isteriku terlalu gembira apabila melihat aneka pilihan makanan disini. Apa yang unik bagi ku adalah Nasi Dagangnya dibungkus dengan daun pisang membentuk kelongsong (kon) seakan-akan Nasi Tumpang di Kelantan.































Kami sama-sama bersarapan pagi di dalam bilikku.

Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) (N 05.29468, E 103.17046)

Setelah check out kami bergerak menuju ke Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Kuala Ibai. Isteriku menaiki kereta Cik Su untuk ke sana. Aku masih lagi setia pada GSku.

Farah Azida (pengantin perempuan) adalah anak saudara isteriku.


Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.




Kami berkumpul (regroup) di Masjid Terapung sambil menunggu rombongan pengantin perempuan dan keluarga yang lain. Rombongan kami disertai oleh lebih 10 buah kereta. Apa lagi sambil menunggu, kami bergambar disini.

Jam 12, kami bergerak menuju ke Kuala Berang melalui Pekan Marang.

Kenduri, Kg Jerung Seberang (N 05.13748, E 103.12913)

Kami sampai di rumah mertua Farah di Kampung Jerung Seberang pada pukul 1.00 petang. Majlis diadakan secara sederhana tapi meriah.

Farah dan suaminya;







Setelah menjamu selera, kami meminta izin untuk beredar lebih awal (1.30 petang) kerana kami terpaksa bergegas ke Janda Baik, Bentong, Pahang untuk menghadiri Majlis Hari Keluarga Aliyah.

Kami menyusuri lebuhraya LPT (E8) dengan lajunya (200-220km/j) kerana trafik sungguh lancar. kami berhenti untuk mengisi minyak di Shell Cheneh dan berehat seketika disini.




Suunah Koruss, Janda Baik, Pahang (N 03.33890, E 101.86269)

Alhamdullilah, kami sampai di Suunah Koruss Resort pada pukul 5.30 petang tapi sayang kami terlepas untuk mengikuti acara sukaneka. Kami menjadi penyebab kumpulan merah kalah. 

Kami semua turun mandi manda disana.













































Sebelah malam pula, diadakan majlis penyampaian hadiah sukaneka dan mesyuarat agong yang dipengerusikan oleh abah. Abah berpakaian kemas memberi ucapan tahniah kepada semua Aliyah. Seramai 16 orang yang hadir (5 orang anak, 3 orang menantu, 6 orang cucu, ma dan abah)




































Untuk tempahan bilik di Suunah Koruss, sila layari: 



Day 03 - 07 June 2015: Janda Baik - Sabak Bernam

Masjid Sultan Abu Bakar, Janda Baik (N 03.33192, E 101.85768)

Aku bersolat subuh secara berjemaah di Masjid Sultan Abu Bakar, Janda Baik bersama-sama jemaah tempatan



























Alhamdullilah aku berkesempatan untuk berada di dalam majlis ilmu (Kuliah Subuh) oleh Ustaz Dr. Mustapha Omar yang membicarakan tentang:
  • Kehidupan atas kehidupan - Perbezaan antara muslim dengan non-muslim adalah iman kepada Allah. Kehidupan kita lebih tinggi berbanding yang lain.
  • Kehidupan untuk kehidupan - Kehidupan di dunia adalah bekalan untuk kehidupan di akhirat.
  • Roh bagi manusia (jasad & roh) adalah Al-quran.
  • Hati mati adalah apabila hati tidak bergerak. Hati yang ada iman adalah hati yang bergerak.
Kuliah ini memberi kesan yang kuat kepada hatiku.

Kami bersarapan pagi di resort.





































Acara seterusnya adalah senam aerobik yang dipimpin oleh Abe Mirun.



Seterusnya, kami bersiar-siar (berjalan kaki) berhampiran kawasan resort sambil menyedup udara nyaman disini. Kami bergambar sakan disini.









Acara seterusnya adalah mandi manda. Sejuk yang teramat sangat.





























Adik Ayie (Azree) mencadangkan untuk bermalam di area Kuala Selangor. Aku menghubungi Homestay Air Manis, Sabak Bernam. Alhamdullilah homestay tersebut masih kosong. Kami bersama-sama ke sana.



































R&R Jejantas Sungai Buloh (N 03.18764, E 101.58607)

Kami bergerak ke R&R Jejantas Sungai Buloh melalui LPT dan AKLEH. Hujan turun dengan lebatnya. Kami sampai di sana dalam pukul 2 petang. Kami memanaskan badan dengan kopi dan milo panas.



































Ahli rombongan yang lain meneruskan perjalanan ke Tanjung Karang, Kuala Selangor.

Satay Hut, Tanjung Karang (N 03.42496, E 101.18041)

Kami berhenti di Satay Hut, Tanjung Karang untuk makan tengahari. Apa yang berbeza dengan satay kajang adalah mereka menawarkan dua saiz satay yang berbeza:

  • Satay Biasa   - RM 0.80 secucuk (Saiznya sama dengan satay kajang)
  • Satay Special- RM 1.60 secucuk (Saiznya 2 kali ganda besar dari satay kajang)
# 3 cucuk satay sudah cukup membuatkan anda kenyang.



Homestay Air Manis, Sabak Bernam (N 03.74126, E 100.96359)

Kami meneruskan perjalanan menuju ke Homestay Air Manis, Sabak Bernam. Kami sampai di sini pada pukul 6.00 petang. Selepas solat jamak zohor dan asar kami turun untuk memancing ikan di dalam kolam berhampiran homestay.




































Kami memancing ikan dengan menggunakan ayam KFC sebagai umpan. Sungguh kelakar tapi keadaan menjadi lebih meriah apabila umpan Adik Alif (Pak Su) dan Abe Mirun disambar ikan keli. Petang itu kami berjaya menangkap 3 ekor ikan keli bersaiz besar. Acara memancing berterusan sehingga tengah malam.

Day 04 - 08 June 2015: Sabak Bernam - Semenyih

Masjid An-naim, Batu 37 Darat (N 03.73782, E 100.95638)

Aku bersolat subuh secara berjemaah di Masjid An-naim yang terletak 2km dari homestay yang kami menginap.





























Gerai MBSB (N 03.76838, E 100.98036)

Kami ke Gerai MBSB, Sabak Bernam untuk membeli sarapan pagi. Makanan di Gerai No.16 agak menyelerakan tidak hairan kenapa terdapat ramai pelanggan disini. Kami membawa pulang nasi lemak sebagai juadah sarapan pagi kami.




























Adikku, Alinawate dan suaminya (Hafeez) dari pukul 3 pagi lagi bergegas ke Hospital Putrajaya untuk bersalin. Alhamdullilah, bertambah seorang lagi ahli Aliyah.

Ibubapa dan adik-adikku bergegas ke Putrajaya selepas bersarapan pagi.



Kami dan Abang Wan sekeluarga menuju ke Bagan Nakhoda Omar untuk makan tengahari

Medan Selera Bagan Nakhoda Omar (N 03.76708, E 100.87274)

Keluarga Abang Wan mencuba Mee Udang manakala aku dan isteri makan kerang bakar sahaja kerana masih lagi kenyang.































Bukit Melawati, Kuala Selangor (N 03.34097, E 101.24866)

Kami seterusnya ke Bukit Melawati untuk melihat panorama Bandar Kuala Selangor dari atas bukit. Perkhidmatan trem tidak disediakan pada hari biasa (weekday) jadi kami membawa kenderaan masing-masing ke atas Bukit Melawati.

Mereka berasa kagum dengan kejinakan lotong-lotong disini.

































Apa yang menarik perhatianku adalah warna anak lotong yang agak berbeza dari yang dewasa. Anak lotong berwarna kuning keemasan manakala yang dewasa berwarna hitam.






































Pak cik ini pula adalah peniaga makanan untuk kera dan lotong (pisang dan kacang panjang) di sini. Beliau meletakkan ular plastik di bakul jualannya untuk mengelakkan berlakunya serang hendap oleh kera dan lotong.






Cendol Bakar, Kuala Selangor (N 03.30357, E 102.29727)

Kami seterusnya ke Cendol Bakar untuk makan petang. Satar disini juga boleh di kategorykan sebagai sedap tetapi otak-otak agak tawar.





































Kemudian kami terus ke rumah adikku di Taman Bukit Kajang. Inilah Salahuddeen Al-Ayubi yang dilahirkan pada pukul 10:23 pagi, 08 June 2015. Alhamdullilah bertambahlah keahlian Kumpulan Aliyah. Tahniah!.





































Kami sampai di Semenyih pada pukul 9.00 malam.

------------------------- TAMAT------------------------------------

Comments